Tuntutan penduduk Kampung India Settlement Gombak akan diperhalusi

SEBAHAGIAN besar penduduk Kampung India Settlement, Gombak setuju untuk berpindah bagi memberi laluan pembangunan projek kolam tadahan banjir di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Setiausaha Politik Kawasan Menteri Besar Selangor, A Rahim Ahmad Kasdi berkata, rata-rata penduduk berharap menerima pampasan daripada kerajaan negeri selepas berpindah.

“Ada segelintir penduduk menuntut pampasan antaranya minta bayarkan duit sewa rumah mereka, pemberimilikan tanah dan rumah baharu (sekiranya mereka berpindah).

“Insya-Allah, segala tuntutan mereka ini kita akan perhalusi minggu depan menerusi mesyuarat khas bersama Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang,” katanya dipetik Selangor Kini, hari ini.

Baru-baru ini, penduduk di kawasan tersebut diberi notis mengosongkan atau meroboh struktur binaan di atas tanah itu sebelum atau pada 10 Januari 2025 bagi mengelak sebarang tindakan.

Sekiranya gagal mematuhi atau ingkar dengan arahan yang dikeluarkan, penduduk boleh dikenakan denda RM500,000 atau penjara tidak kurang dari lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengosongan itu bagi memberi peluang kepada pembangunan projek infra dan kolam tadahan banjir yang tertangguh sejak 2013 sekali gus memanfaatkan penduduk setempat.

Berdasarkan rekod Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, sebanyak 42 struktur kediaman terlibat di atas tanah tersebut setakat ini.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil