‘Fun walk’ berkostum meriahkan sambutan HSN 2024 peringkat sekolah

ARAU – Kelibat kanak-kanak sebuah sekolah rendah yang mengenakan kostum adiwira, dinosaur serta pelbagai watak kartun dan animasi mencuri tumpuan ramai apabila melintasi kawasan kampung di sini hari ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah, Mohd Nadzri Jaafar berkata, ia adalah sebahagian acara yang dirancang bagi menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat sekolah.

“Mereka bersama kira-kira 400 warga SK Kubang Gajah menyertai acara ‘fun walk’ 10,000 langkah dengan mengenakan kostum di sekitar sekolah termasuk melalui kawasan perkampungan sekitar kawasan Kubang Gajah.

“Menerusi acara ini juga, kita mendapati terdapat penglibatan tidak langsung ibu bapa dan komuniti dalam menyediakan kostum yang dikenakan murid-murid,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, beliau mengharapkan usaha dilakukan pihak sekolah akan membantu kerajaan khususnya dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan HSN 2024 yang akan disambut esok.

Terdahulu, warga sekolah rendah itu turut terlibat dalam acara senamrobik dan pihak SK Kubang Gajah turut menjemput pemenang pingat emas acara angkat berat Sukan Malaysia 2024 untuk memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid.

Menurut Mohd. Nadzri, terdapat beberapa orang pemenang pingat emas tersebut ialah alumni sekolah dan mereka berkongsi pengalaman dengan murid-murid kepentingan bersukan dan amalan gaya hidup sihat.

Hari Sukan Negara HSN diperkenalkan pada tahun 2015 yang disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dan dilaksanakan secara serentak seluruh negara.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil