Crisnanalina disambut mesra Naib Canselor UMS

KOTA KINABALU – Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor menyambut mesra kehadiran Crisnanalina Jumis dan keluarga yang tiba pada pukul 4.40 petang di sini pada Jumaat.

Kasim berkata, seawal pukul 4 pagi rombongan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), UMS menempuh perjalanan ke Kampung Dalamas, Paitan untuk mengambil Crisnanalina bersama-sama keluarganya.

Mengulas lanjut, pihak UMS menyediakan pelbagai bantuan kepada Crisnanalina Jumis, 20, bagi meringankan beban kewangan untuk dia melanjutkan pengajian di universiti ini.

Beliau berkata, Chrisnanalina merupakan pelajar terbaik daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas yang layak untuk mengikuti pengajian dalam bidang Sarjana Muda Perladangan Hutan dan Perhutanan Tani dari Fakulti Perhutanan Tropika.

“Pelbagai bantuan yang akan disalurkan dan diterima oleh adik Crisnanalina termasuklah Bantuan Kebajikan Pelajar.

“UMS sebagai satu-satunya universiti utama di Sabah yang ditubuhkan untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan anak watan Sabah.

“Semua pelajar yang memohon bantuan sebelum ini telah pun dibantu,” katanya.

Antaranya bantuan MyCare, bantuan laptop, ’Food Bank’, Siswa SULUNG, Yayasan Perkasa Siswa termasuk bantuan kesihatan pelajar.

Menurut beliau, UMS sentiasa prihatin dan menitikberatkan isu kebajikan pelajar bagi memperkasa pendidikan pelajar dalam kalangan B40.

Sehubungan itu, Kasim turut mengalu-alukan para pelajar yang mempunyai masalah untuk terus berhubung dengan JHEP bagi mendapatkan bantuan.

“Pelajar-pelajar yang merasakan senasib dengan Chrisnanalina boleh berhubung dengan UMS dan kita akan usahakan untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar di luar bandar ini juga tidak ketinggalan, tidak terpinggir dan tidak dinafikan untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi lagi.

“Itulah sebenarnya peranan dan kewujudan universiti ini di Sabah ini untuk mendidik, menghasilkan dan mengeluarkan model insan yang cemerlang.

“Kita tahu di Sabah ini ramai anak-anak yang di luar bandar itu memang bukan hanya mereka tidak tidak mampu bersaing tetapi disebabkan oleh tekanan hidup dan sebagainya, jadi itulah peranan UMS untuk membawa pelajar-pelajar ini supaya berada di kampus dan meneruskan pengajian,” katanya.

Tambahnya, pihak UMS akan mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dan usaha membantu pelajar akan dilaksanakan melalui Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, JHEP, UMS.

Beliau juga berharap kisah Crisnanalina sebagai suntikan semangat untuk anak Sabah bagi meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.


Sementara itu, Chrisnanalina merakamkan penghargaan kepada jasa baik semua pihak atas perhatian, bantuan dan sumbangan yang diterima.

Pada mulanya, dia tidak terfikir akan dapat sampai ke UMS kerana sebelum rayuan UPU dibuka, dia tidak menerima sebarang tawaran universiti.

“Saya ada mengisi UPU tetapi tidak dapat tawaran jadi saya cuba untuk membuat rayuan.

“Walaupun sebenarnya kalau saya buat rayuan pun mungkin tidak dapat sambung juga sebab masalah kewangan,” katanya.

Anak sulung daripada lima adik-beradik itu sempat bekerja di restoran sebelum mendapat tawaran UMS, untuk membantu ayahnya seorang petani manakala ibu merupakan suri rumah.

Kongsi Chrisnanalina lagi, kalau bukan kerana bantuan ramai pihak mungkin hasratnya untuk belajar di UMS tidak akan tercapai.

“Mungkin dengan semua bantuan itu saya dapat belajar bagus-bagus selepas ini,” luahnya yang bercita-cita mahu menjadi seorang guru.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills