Repositori penyelidikan bantu optimumkan kajian ilmiah

ARAU – Pembinaan pangkalan data atau repositori kajian oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilihat mampu mengoptimumkan hasil penyelidikan dan inovasi universiti di negara ini.

Timbalan Menteri KPT, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kerajaan melalui KPT buat masa ini sedang mengelaskan penyelidikan mengikut kluster kajian.

“Kita sedang membangunkan pangkalan data atau repositori yang akan menghimpunkan semua kajian mengikut kluster bidang penyelidkan yang telah dilaksanakan.

“Kita harap hasil daripada repositori ini, kita dapat menggunakan kajian ilmiah serta inovasi yang sesuai untuk diaplikasikan kepada masyarakat dan mengkomersialkan penyelidikan tersebut,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, selepas ini setiap penyelidikan universiti menerusi geran kepada penyelidik, akademik dan pensyarah perlu memenuhi kehendak industri bagi mengelakkan pembaziran.

Untuk rekod, terdapat lebih 9,200 jurnal yang signifikan dan terkenal, melangkaui 178 disiplin, diterbitkan di Malaysia khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Pada Disember tahun lalu, Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Ahmad Ismail berkata, hasil penyelidikan yang tidak dimanfaatkan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian besar sedangkan telah memperuntukkan sejumlah besar dana bagi tujuan penyelidikan universiti.

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaaan memperuntukan sebanyak RM50 juta untuk geran padanan universiti awam bekerjasama dengan sektor swasta dalam merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh dikomersialkan serta sejumlah RM510 juta dana dikhususkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta KPT.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok