Cuti hujung minggu: Tak setuju boleh pindah dari Johor – Tunku Ismail

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada pihak yang sukar menerima perubahan cuti hujung minggu di Johor untuk berpindah keluar dari negeri ini.

Titah baginda, perkara itu telah diperhalusi dengan lebih mendalam sebelum satu keputusan dicapai secara bersama.

“Dengan izin dan restu daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.

“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu,” titah beliau menerusi hantaran Facebook rasminya malam tadi.

Menurut Tunku Ismail, perubahan cuti hujung minggu daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu serta Ahad itu diputuskan selepas mengambil kira kebajikan rakyat Johor khususnya mereka yang berkeluarga.

“Ada beberapa negeri masih kekal bercuti hari Jumaat dan Sabtu. Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.

“Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya,” katanya.

Tunku Ismail bertitah sedemikian sebagai respon kepada beberapa pihak yang menolak cadangan itu apabila berpendapat perubahan cuti pada hari Sabtu dan Ahad tidak menjadikan Johor sebagai negeri istimewa mengamalkan konsep Islamik.

Sebelum ini, media melaporkan cuti hujung minggu di Johor bakal dipinda kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun hadapan selepas sedekad ia diubah kepada Jumaat dan Sabtu iaitu sejak tahun 2014.

Namun, penguatkuasaan cuti pada setiap Jumaat dan Sabtu itu hanya terpakai kepada kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah, manakala kumpulan swasta kebanyakannya masih mengamalkan cuti hujung minggu bagi setiap Sabtu dan Ahad.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta