Prinsip kebebasan Asean perlu dipertahankan

PUTRAJAYA – Malaysia menekankan kepentingan mempertahankan prinsip kebebasan Asean yang berhak untuk meneruskan hubungan baik dua hala dengan semua negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri dalam semua sidang kemuncak dan pertemuan dua hala yang dihadirinya sejak tiga hari lalu.

“Kita meneruskan hubungan baik dua hala dan juga rakan baik, Amerika Syarikat (AS) atau Kesatuan Eropah (EU).

“Pada masa sama, kita juga meningkatkan hubungan dengan China atau meneruskan hubungan dengan Myanmar supaya kita dapat menjalin kerjasama bagi menyelesaikan masalah serta kemelut politik yang rumit di negara itu.

“Malaysia juga mempunyai hubungan dengan Russia, yang tidak disenangi beberapa negara Barat tetapi saya tekankan sebagai negara bebas dan berdaulat, kita berhak menjalin hubungan dengan semua,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Perdana Menteri berkata, sepanjang sidang kemuncak berkenaan, beliau menghadiri 12 Sidang Kemuncak Asean antaranya dengan AS, Australia, China, India, Jepun, Kanada, Korea Selatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Asean Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asean-Asia Timur.

“Alhamdulillah, kita juga memanfaatkan sidang kemuncak ini dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama beberapa negara.

“Tahun depan, ketika kita mempengerusikan Asean, kita akan luncurkan Wawasan Komuniti Asean 2045 dan ini satu kesepakatan yang sangat baik,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills