Malaysia secara rasmi tuan rumah Asean 2025

PUTRAJAYA – Malaysia hari ini menerima tugas sebagai Pengerusi Asean bagi 2025, dari Laos.

Upacara simbolik serahan tugas kepada Malaysia yang akan bermula pada 1 Januari 2025 itu dibuat Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di Vientiane.

Pada majlis sama, Malaysia buat kali pertama memperkenalkan logo Asean Malaysia 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Logo itu memaparkan lambang Asean dalam kitaran berbentuk bunga raya, dengan warna yang mewakili warna utama bendera semua negara anggota Asean.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi Asean sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Menjelaskan mengenai pemilihan tema itu, Perdana Menteri berkata, ia mencerminkan komitmen Asean dalam mencapai kemajuan dikongsi bersama, tanpa ada yang tertinggal.

“Ia mempamerkan harapan kita bahawa langkah diambil hari ini, akan bertahan lama dalam jangka panjang.

“Ia juga menggariskan keazaman untuk memastikan masa depan yang kukuh sepanjang kita bergerak ke hadapan.

“Pada setiap masa, tindakan dan keputusan kita akan berpandukan kepada prinsip muafakat.

“Justeru, sama-sama kita berikan komitmen untuk membina rantau yang terbuka, inklusif dan berasaskan peraturan,” katanya berucap selepas menerima secara simbolik penyerahan tugas itu.

Perdana Menteri berkata, Asean hari ini, berdiri teguh dan bersedia untuk menerima masa depan dengan lebih yakin.

Katanya, masa depan Asean mesti turut membabitkan Timor-Leste, yang kemasukannya dalam blok serantau itu akan mengembangkan ekonomi rantau ini dan menyumbang kepada memenuhi visi besar Asean.

“Sambil kita mengukuhkan rantau ini secara dalaman, kita akan terus meneroka dan meluaskan perkongsian ekonomi kita di luar sempadan dan penganjuran Sidang Kemuncak Asean – Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China pada 2025 akan mencapai matlamat ini.

“Asean tidak akan berputus asa dalam menjaga Asia Tenggara sebagai rantau yang aman, stabil dan makmur.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengalu-alukan kedatangan anda semua. Selamat datang ke Malaysia,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills