Serangan Israel di Lubnan: Malbatt diarah berlindung dalam kubu

KUALA LUMPUR – Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 di Lubnan telah diarahkan tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik, sebaliknya berlindung di dalam kubu susulan provokasi tentera Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya memberi jaminan sentiasa mengutamakan keselamatan pegawai dan anggota pasukan berkenaan yang sedang bertugas dalam misi pengaman di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil).

“Mereka sentiasa ada dalam bunker (kubu). Satu jangka masa berada di dalam bunker sekitar 12-13 jam. ‘No activity’ tetapi Unifil masih belum buat keputusan sama ada untuk (Malbatt) dipindahkan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun keadaan tegang disebabkan provokasi Israel, keputusan sama ada untuk membawa pulang pasukan negara itu hanya akan diputuskan oleh Unifil secara bersama.

Beliau berkata demikian di Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ di Auditorium Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur pada Jumaat, lapor Astro Awani.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa memantau keadaan pasukan Malbatt.

“Kita dalam sehari tiga hingga empat kali dapat laporan. Kita sedang teliti, memang kita tidak nafikan pihak Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah melakukan provokasi kepada pasukan Ireland berdekatan sempadan Lubnan.

“Pasukan kita atas sikit, jadi kita tunggu keputusan bersama,” katanya.

Israel telah meningkatkan kekerapan serangan di Lubnan sejak minggu lalu dan terbaharu, dua anggota pengaman Indonesia yang bernaung di bawah Unifil cedera dalam serangan Israel.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi mengesahkan bahawa kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontinjen Indonesia di Naqoura pagi Khamis.

Terdahulu, Kementerian Luar Indonesia mengumumkan memindahkan 65 warganya dari Lubnan susulan serangan udara Israel di negara itu.

Menurut Judha Nugraha, pengarah perlindungan warga kementerian berkenaan, 25 daripada mereka yang dipindahkan telah pulang ke tanah air, manakala selebihnya mendarat di Amman, Jordan.

Related Posts

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

KUALA LUMPUR – Segala urusan harian rakyat kini lebih mudah apabila pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dihimpunkan dalam satu platform menerusi aplikasi MyGOV Malaysia. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan