BSMF 2024 tarik 10,000 pengunjung

KUCHING – Acara Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 kembali lagi tahun ini buat kali kedua dengan membawa perlbagai artis tempatan dan luar negara.

Menariknya, dianggarkan kira-kira 10,000 peminat muzik yang datang dari seluruh Malaysia dan negara jiran.

BSMF membuka tirai dengan persembahan daripada artis tanah air, Thomas Kok yang membawa lagu ‘Silence’.

Selain itu, Namewee dan Priscilla Abby juga antara artis tanah air yang turut membuat persembahan.

Manakala artis antarabangsa pula terdiri daripada artis seperti 4EVE dari Thailand, Junny, Yeon Seobin dan DJ Ujoo (Korea Selatan) serta artis Indonesia, Bunga Cinta Lestari (BCL).

Penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain dan Youngjae turut tidak ketinggalan akan menghangatkan pentas BSMF.

Manakala untuk hari kedua esok bakal menyaksikan selebriti Korea Selatan, Jessi membuat persembahan sulungnya di Kuching.

Penyanyi tempatan bertaraf antarabangsa, Yuna turut akan beraksi membuat persembahan keduanya di Kuching selepas kali pertama pada 2012.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat