Agong, Raja Permaisuri berkenan adakan lawatan ke Brunei

PUTRAJAYA — Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei dari 13 hingga 15 Okt ini bagi mengeratkan lagi hubungan diraja antara kedua-dua negara yang telah terjalin lebih 40 tahun.

Menerusi kenyataan rasmi Istana Negara, memaklumjan bahawa Seri Paduka Baginda akan diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Tengku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, akan mengiringi Seri Paduka Baginda berdua dalam lawatan itu,

Lawatan ini akan memartabatkan lagi warisan, budaya, dan Kesultanan Melayu.

“Hubungan akrab Malaysia dan Brunei juga terserlah apabila Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Julai lepas,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara memaklumkan sempena lawatan negara ini, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah dijadualkan berangkat ke Majlis Sambutan Negara, Majlis Menghadap, serta Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman.

“Seri Paduka Baginda berdua turut dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan Minum Petang bersama rakyat Malaysia di Brunei,” kata kenyataan itu.

Program-program yang diatur untuk lawatan negara itu akan merangkumi sambutan kenegaraan, hadirin dan jamuan diraja di Istana Nurul Iman.

Seri Paduka Baginda turut dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan Minum Petang bersama rakyat Malaysia di Brunei.

Pada hari kedua, Raja Permaisuri Agong dijadual melawat Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Untuk rekod, ini merupakan lawatan negara ketiga oleh Sultan Ibrahim, selepas Singapura dan China masing-masing pada Mei dan September, sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Related Posts

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

PUTRAJAYA –  Peruntukan sebanyak RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 antara cadangan utama yang sedang diteliti kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor agrikomoditi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka