Crisnanalina akan dibawa dari kampung mendaftar di UMS

KOTA KINABALU – Crisnanalina Jumis, pelajar berasal Paitan yang dilaporkan mengalami kesukaran membayar yuran pendaftaran akan mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Jumaat.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Ts Mustapha Sakmud menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, pihaknya akan bekerjasama dengan UMS untuk memudahkan urusan pendaftaran pelajar yang memerlukan.

“Saya telah menerima taklimat daripada pihak UMS yang adik Crisnanalina akan dibawa dari kampung dan berdaftar di UMS pada Jumaat ini.

“Kita cuba sedaya upaya untuk permudahkan urusan pendaftaran pelajar yang memerlukan.

“Selain itu, pihak Yayasan Perkasa Siswa (YPS-KPT) akan memberi bantuan awal pengajian bernilai RM1,000 yang bakal disalurkan secara terus ke akaun beliau bagi persiapan awal memulakan pengajian,” katanya.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS akan padankan bantuan yang sesuai bagi memastikan kos pengajian dan kebajikan pelajar terjaga.

“Bantuan ini bukan hanya untuk kes adik Crisnanalina sahaja, bahkan tersedia buat semua siswa di IPT.

“Pelbagai bantuan baik dari Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri boleh didapati melalui HEP Universiti,” jelasnya.

Mustapha turut merakam penghargaan kepada semua pihak atas keprihatinan dengan peluang pendidikan tinggi anak-anak Sabah.

Beliau berharap ia berterusan dalam kalangan rakyat sesuai elemen Ihsan dalam gagasan Malaysia Madani.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak