Kerajaan lantik anak Fadzil Noor ketuai pemulihan kanak-kanak GISBH

KERAJAAN melantik Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil untuk mengetuai jawatankuasa bagi membentuk modul silibus pemulihan akidah kanak-kanak GlSB Holdings (GISBH) yang diselamatkan pihak berkuasa, baru-baru ini.

Ahmad Fauwaz yang juga anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Mohd Noor adalah Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Ahmad Fauwaz dipilih mengetuai enam pakar akidah dalam jawatankuasa berkenaan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diamanahkan untuk membangunkan modul silibus pemulihan mereka yang diselamatkan ini dan kita menubuhkan jawatankuasa bagi tujuan itu.

“Ahmad Fauwaz adalah individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang akidah dan begitu juga ahli jawatankuasa yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmiaan World Quran Symposium 2024 sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-64 1446H/2024M, pada Khamis, lapor BH.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017