Mangsa banjir di Kedah terus meningkat

ALOR SETAR – Hujan yang berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 3,503 orang daripada 1,141 keluarga yang ditempatkan 23 di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, setakat 8 pagi ini.

Ia meningkat berbanding 2,771 mangsa daripada 924 keluarga, 8 malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa yang paling ramai iaitu 1,324 orang daripada 459 keluarga di sembilan PPS.

“Daerah Kota Setar pula mencatatkan seramai 1,197 mangsa daripada 373 keluarga di lapan PPS manakala Pokok Sena, 549 mangsa daripada 195 keluarga di empat PPS.

“Sementara itu, daerah Pendang pula mencatatkan seramai 433 mangsa daripada 114 keluarga di dua PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, lima sungai di negeri ini terus menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 7.30 pagi tadi.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan