‘Tidak wajar jadikan isu perairan sebagai polemik politik’

PULAU PINANG – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fadzli Roslan, menyifatkan pembangkang menggunakan isu kapal Angkatan Laut China yang berlabuh di Pulau Pinang baru-baru ini sebagai polemik politik.

Jelas beliau, kehadiran kapal tentera dari mana-mana negara, termasuk China, adalah perkara biasa dalam konteks diplomasi pertahanan dan tidak wajar dipolitikkan.

“Malaysia, sebagai negara maritim yang strategik, sering menerima kunjungan kapal tentera dari pelbagai negara, termasuk kuasa Barat, untuk tujuan diplomatik, latihan bersama, dan kerjasama ketenteraan yang konstruktif.

“Kita perlu menilai hal ini berdasarkan kepentingan negara, khususnya dari aspek kedaulatan dan hubungan diplomatik yang baik dengan semua negara, tanpa mengira blok atau ideologi,” katanya.

Menurut Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu lagi, sebarang usaha untuk mempolitikkan isu ini hanya akan merosakkan keharmonian diplomatik dan menjejaskan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa isu-isu pertahanan dan hubungan luar negara tidak dijadikan alat politik sempit demi kepentingan sesetengah pihak.

Selain itu, beliau juga ingin berpesan kepada jentera siber pembangkang untuk membezakan antara misi ketenteraan dan diplomatik antara dua buah negara.

“Saya juga ingin mengingatkan jentera siber Perikatan Nasional (PN) bahawa mereka perlu membezakan antara misi ketenteraan dan misi diplomatik, dan tujuan asal sesebuah kapal berlabuh di Malaysia” tegasnya.

Kehadiran kapal tentera asing di perairan Malaysia adalah amalan biasa dalam hubungan antarabangsa dan kerjasama pertahanan yang lazim. Lawatan seperti ini tidak mengancam kedaulatan negara, malah mengukuhkan hubungan diplomatik dan strategi pertahanan dengan negara-negara serantau.

“Malaysia juga kerap menghantar kapal tentera ke luar negara untuk tujuan diplomatik, bantuan kemanusiaan, serta latihan bersama dan operasi keamanan di bawah naungan antarabangsa. Ini mencerminkan peranan Malaysia sebagai negara yang aktif dalam misi keamanan dan bantuan global” tambahnya.

Cubaan mempolitikkan lawatan ketenteraan seperti ini menunjukkan kurangnya pemahaman terhadap amalan hubungan antarabangsa. Ia tidak memberi manfaat kepada negara dan rakyat, malah mencetuskan persepsi yang salah terhadap dasar luar negara kita yang berkecuali serta bersahabat dengan semua pihak.

Terdahulu, Ahli Parlimen Permatang Pauh dari Perikatan Nasional, Muhammad Fawwaz Mad Jan mempersoal kehadiran dua buah kapal dari China berlabuh di Sweetenham Pier Cruise Terminal (SPCT) dan kononnya telah menimbulkan perasaan kurang senang oleh rakyat Pulau Pinang.

Tahun 2024 menandakan Jubli Emas ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China. Ini memperingatkan kita ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, meraikan pengukuhan hubungan dua hala dan memulakan perjalanan kerjasama dan persahabatan yang berterusan.

Related Posts

Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta baharu MARA perketat kuasa pengerusi, perkukuh integriti pengurusan

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bakal memperkenalkan sistem tadbir urus lebih ketat termasuk mengehadkan kuasa pengerusi dan Ahli Majlis bagi mengelakkan penyalahgunaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat