DSAI Muslim berpengaruh: Ada orang ‘hanguskah’?

KATA pepatah, “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke langit menjadi kejora; tercampak ke darat menjadi gunung!”

Demikianlah halnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) pada 24 November 2022.

Di sebalik pelbagai tohmahan dan hujatan yang sebenarnya dilarang oleh Islam tetapi seolah-olah dihalalkan oleh puak tertentu, bintangnya terus bersinar;

Penghormatan demi penghormatan diterimanya lebih-lebih lagi dalam seminggu dua ini – gelaran kebesaran daripada Sultan Kelantan, pengiktiran oleh Kerajaan Pakistan, dan penyenaraiannya sebagai antara Muslim berpengaruh di dunia.

Menurut The Muslim 500 edisi 2025, DSAI berada di tempat ke-15 dalam kalangan 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.

Dokumen itu diterbitan sebuah pusat kajian bebas – Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) yang bernaung bersama-sama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt berpangkalan di Amman, Jordan.

Itu kedudukan umum sebagai Muslim berpengaruh. Dari perspektif sebagai pemimpin dan ahli politik Islam pula, DSAI berada pada senarai kesembilan (ke-9).

Penerbitan itu menggambarkan DSAI seorang yang pernah mengharungi pemenjaraan, menjadi manusia terbuang, dan berdepan cabaran politik yang tajam sebelum kembali ke arus perdana politik Malaysia sebagai Perdana Menteri pada penghujung 2022.

“Di luar kerjaya politik, Anwar membuat sumbangan kepada dunia akademik dengan memegang jawatan di institusi seperti Kolej St Anthony, Oxford, Universiti Johns Hopkins dan Universiti Georgetown.

“Beliau juga merupakan pengasas bersama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1981,” kata catatan dokumen berkenaan.

Bagi yang telah lama memerhatikan DSAI, ulasan itu tidaklah mengejutkan kerana akal yang waras dan bebas daripada hasad dengki dapat meletakkan nilai kredibiliti beliau.

Yang kekal dengan naratif kebencian ke atas beliau hanyalah manusia yang sampai kini masih tidak mampu mengikis karat prejudis dan daki permusuhan.

Sebab itulah ada akaun media sosial tertentu meroyan sakan – berkata macam-macam hal yang sesekali menimbulkan simpati kepada mereka yang sudah ‘kehangusan’ adab.

Kalau mengikut kebiasaan, tidak lama lagi bertebaran naratif jahat tersebut disebarkan dan disambut oleh pentaasub tanpa berfikir panjang.

Mereka sanggup menghambakan diri kepada pihak yang telah hangus hati budi biarpun mulut orang yang ditaasubi mereka itu tidak lekang menyebut nas dan dalil.

Kasihan betul mereka alahai!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit