Sarawak berhasrat gunakan teknologi canggih perangi dadah

KUCHING – Sarawak akan menggunakan teknologi canggih dan terkini dalam usaha mengekang kemasukan dadah ke wilayah ini.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Sarawak tidak keberatan membeli peralatan canggih kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras dadah.

“Kita perlu satu langkah ke hadapan dalam usaha memerangi dadah,” ujar beliau.

Tambah beliau, penjenayah pada hari ini sudah memiliki peralatan canggih sehingga sukar mengesan kemasukan dadah.

“Ini termasuk membekalkan teknologi canggih di lapangan terbang supaya dapat menyekat kemasukan dadah ke Sarawak,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian ‘Forum Khas Narkotik’ anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan kerjasama One Stop Committee (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) Sarawak di hotel terkemuka pada Selasa.

Sementara itu, Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak memberi sokongan penuh kepada pasukan polis baik dari segi moral mahupun kewangan.

“Memerangi dadah memerlukan kita perlu langkah ke hadapan,” kata beliau lagi.

Beliau juga menyeru agar masyarakat memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membanteras masalah dadah yang sememangnya musuh nombor satu negara.

“Dadah wajib diperangi kerana ia memberi kesan buruk terhadap pembangunan negara dan menjejaskan hasrat kita untuk memberi kesejahteraan kepada masyarakat,” ujar beliau.

Abang Johari juga berkata, masalah dadah bukan menjejaskan ketenteraman awam tetapi orang luar tidak yakin dengan pentadbiran yang sedia ada.

“Melalui One Stop Committe (OSC), kerajaan Sarawak akan memberi dokongan penuh terhadap usaha membanteras dadah,” ujar beliau lagi.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat