Konsep GAP dipraktik majukan tanah terbiar di Ulu Wak

PAKAN – Konsep Pensijilan Amalan Pertanian (GAP) akan digunakan untuk memajukan tanah terbiar.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben berkata, GAP digunakan dengan teknologi moden untuk mengusahakan tanah terbiar.

“Melalui konsep GAP, penduduk dapat menjana pendapatan yang berterusan daripada hasil pertanian tersebut,” jelas beliau.

Beliau turut mengulas status yang bakal dibangunkan adalah tanah yang digazet di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak dan Tanah Tidak Berdaftar Negeri di bawah tanah hak adat Bumiputera (NCR).

“Pada Mac 2013, kami mengadakan temu bual pertama di Pakan,” jelas beliau lagi.

Tambah beliau, pihak lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) menghantar pemohonan membangunkan tanah ini kepada Kementerian Permodenan Pertanian Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FIORD).

“Pada 9 Oktober 2020, Salcra menerima surat daripada M-FIORD untuk mendapatkan kebenaran tanah ini pada 20 September 2021.

“Selepas itu, kami membuat kajian penilaian kesan alam sekitar. Maka, saya ingin menegaskan ia sudah pun diluluskan oleh Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar,” ujar beliau lagi.

Selain itu, beliau percaya 70 peratus kawasan di Ulu Wak berpotensi dimajukan untuk membangunkan ladang kelapa sawit.

“Kami turut membuat permohonan daripada kerajaan Pusat dan akan dibangunkan secara berperingkat.

“Kawasan Ulu Wak seluas 350 hektar dipilih pada fasa pertama bermula tahun ini sehingga pertengahan 2025.

“Pada Oktober 2023, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah meluluskan bajet untuk menjayakan projek penanaman kelapa sawit ini dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Di bawah seliaan Salcra, kelapa sawit berpotensi memberi keuntungan kepada penduduk.

Selain itu, Salcra terus membantu dengan membangunkan tanah terbiar supaya dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk di luar bandar.

“Jika ada kilang sawit, kita tidak perlu pergi jauh untuk menjual hasil tanaman kita selain membuka peluang pekerjaan,” jelas beliau.

Beliau juga berharap Salcra dapat melebarkan sayap mereka ke wilayah di Selatan.

“Saya yakin sokongan yang diberikan mampu memudahkan tugas pegawai Salcra,” kata beliau lagi.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady