662 kanak-kanak rumah amal GISBH terima pelindungan JKM

PUTRAJAYA – Semua 662 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) telah mendapat perintah mahkamah bagi mendapat perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan terbaharu itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah memberi sedikit maklumat tambahan dan terkini mengenai jumlah kanak-kanak diselamatkan.

“Kesemuanya adalah seramai 662 kanak-kanak yang telah diselamatkan melalui beberapa operasi yang telah berjalan, kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan, itu terkini,” katanya pada sidang media selepas pasca Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Selangor menubuhkan pasukan khas bagi meneliti program pemulihan kanak-kanak yang di selamatkan dari rumah amal dan sekolah agama bawah GISBH.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga melaksanakan proses pemulihan akidah dan sosial ke atas 261 kanak-kanak yang terlibat dalam kes tersebut dengan membangunkan modul khas itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) sejak 1 Oktober lalu.

Sebelum ini GISBH dipalit kontroversi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja selepas puluhan premis dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal diserbu polis pada awal bulan lalu.

Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan ratusan kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan puluhan individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis berkenaan.

Sementara itu, Fahmi berkata, mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak berbincang mengenai isu berkaitan kefatwaan di peringkat negeri sama ada ajaran yang dibawa kumpulan ini sesat atau sebaliknya.

“Tetapi kita boleh rujuk juga dengan kenyataan dan fatwa mufti dan ada beberapa mufti telah mengeluarkan fatwa di mana ajaran tersebut telah disahkan sesat.

“Untuk maklumat lanjut dalam isu ini boleh rujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar,” katanya.

Terdahulu, Perlis, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan mengeluarkan fatwa memutuskan bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya adalah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar.

Related Posts

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

PEMILIHAN Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilihat bertepatan dengan keperluan memperkukuh kawalan pintu masuk negara, khususnya dalam membanteras kegiatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), CP Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis susulan penularan video yang memaparkan beliau ketika menjalankan operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini