Konsep teknologi tinggi mampu jana pendapatan tinggi – Martin Ben

PAKAN – Kaedah pertanian moden dan berteknologi tinggi mampu menambah pendapatan golongan petani.

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Datuk Martin Ben, pendedahan e-tani mampu memudahkan petani dan penternak mendapatkan maklumat terkini.

“Melalui e-tani, petani dan penternak bukan hanya mendapat maklumat terkini tetapi bantuan dan info daripada agensi kerajaan,” kata beliau.

Selain itu, ujar beliau, program AgriCorp yang diadakan di Sarikei juga menjadi platform petani menggunakan kaedah moden dan berteknologi tinggi.

“Ia merupakan langkah agresif untuk menjana pendapatan sekali gus menentukan hala tuju golongan petani dan penternak pada masa hadapan,” ujar beliau.

Tambah Martin, usaha dan kerjasama daripada agensi kerajaan dapat membantu dengan memperkenalkan kaedah menghasilkan baja kompos organik sendiri.

“Dengan ini, kita dapat mengurangkan kos membeli baja yang semakin meningkat setiap tahun,” kata beliau lagi.

Selain itu, ujar beliau lagi, kaedah ini juga dapat memastikan hasil pertanian selamat digunakan.

“Selain fokus meningkatkan produktiviti, kita juga dapat mengeksport hasil pertanian ke luar negara.

“Ini sudah pasti menjadi matlamat jangka panjang kita dan pasti tidak mustahil untuk kita mampu mengeluarkan hasil berkualiti dan premium,” jelas beliau lagi.

Turut hadir Penasihat di Pejabat Premier Sarawak, Industri Makanan dan Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom dan Pengarah Salcra, Joseph Blandoi.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat