Kerajaan tak pernah bincang tukar status agama Islam

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa pembangkang.

Perdana Menteri berkata, dakwaan itu bersifat tuduhan palsu untuk sengaja mencetuskan ketakutan dalam kalangan rakyat supaya membenci kerajaan.

“Baru-baru ini, ada seorang tokoh pembangkang yang guna lambang Islam… katanya, kerajaan ini akan meninggalkan landasan, menukar prinsip Islam dalam Perlembagaan.

“Ini khayalan apa? Perbincangan yang membawa kebencian berdasarkan pemalsuan fakta.

“Tidak pernah mana-mana pemimpin kerajaan menolak prinsip bahasa Melayu, agama Islam, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Raja-Raja sepanjang saya menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun ini. Tidak pernah disuarakan atau dibicarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hazami Jahari.

Menegaskan lanjut, Anwar berkata, kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak mengkritik kerajaan tetapi itu tidak bermakna boleh memfitnah, terutama menyentuh isu kaum, agama dan raja (3R).

“Kritiklah dasar ekonomi kita, kritiklah ringgit, kritiklah Perdana Menteri tidak bijak dalam banyak hal.

“Namun, tidak boleh khianat, dusta, fitnah, menakutkan rakyat seolah-olah kita sudah merosakkan soal bahasa, bangsa, agama atau raja.

“Dalam sejarah manusia, ada disebut ‘tyranny of minority’ merujuk kalangan penghasut, pengganas, kelompok yang menggunakan saluran dan suara kebencian permusuhan, menggunakan payung agama atau bangsa serta menipu rakyat,” katanya.

Related Posts

Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta baharu MARA perketat kuasa pengerusi, perkukuh integriti pengurusan

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bakal memperkenalkan sistem tadbir urus lebih ketat termasuk mengehadkan kuasa pengerusi dan Ahli Majlis bagi mengelakkan penyalahgunaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat