Kabinet setuju struktur semula Lembaga Koko Malaysia

JEMAAH Menteri bersetuju menstruktur Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penstrukturan itu tidak memerlukan perbelanjaan atau perjawatan tambahan, sebaliknya menggunakan sumber tenaga sedia ada.

“Ini (penstrukturan) satu pendekatan di mana kita tidak mahu berlakunya pembaziran, sebaliknya menggunakan sumber yang ada untuk kita memanfaatkan kelapa ini bukan khusus untuk Bagan Datuk, tetapi kelapa di seluruh negara termasuk di pantai barat dan pantai timur serta Sabah dan Sarawak.

“Insya-Allah kita akan realisasikan dengan kerjasama semua pihak dan kita tidak harus kerja secara bersendirian untuk mempromosikan sesuatu produk, terutama produk boleh jana pendapatan tambahan untuk penduduk luar bandar atau penduduk desa,” katanya pada sidang media di Bagan Datuk, Perak, hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian selepas merasmikan penutupan Jelajah Hari Terbuka ‘Malaysia Madani, Unisel Depani’ dan Kelapa Fest Bagan Datuk 2024 di Dataran Waterfront Bagan Datuk.

Ahmad Zahid berkata, publisiti berkaitan penstrukturan itu mungkin tidak meluas dan beliau sendiri akan bertanya kepada menteri terbabit mengenai sejauh mana keputusan Kabinet itu telah dilaksanakan, selain nama baharu bagi agensi berkenaan.

Katanya, setakat ini terdapat kira-kira 215,000 ketua isi rumah di seluruh negara terbabit secara langsung sebagai pekebun kecil kelapa.

Related Posts

Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta baharu MARA perketat kuasa pengerusi, perkukuh integriti pengurusan

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bakal memperkenalkan sistem tadbir urus lebih ketat termasuk mengehadkan kuasa pengerusi dan Ahli Majlis bagi mengelakkan penyalahgunaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat