Jaga sensitiviti, jangan anjur program cetus polemik

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu sentiasa menghormati dan memahami sensitiviti umat Islam khususnya dalam aspek ketetapan hukum hakam dan nilai fitrah insan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata penganjuran sebarang acara yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan.

Susulan itu, katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh ketegasan Kerajaan Johor yang meminta siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti individu terbabit dalam larian antarabangsa di Kota Tinggi yang disertai peserta berpakaian tidak senonoh dan berunsur lucah.

“Semua pihak perlu menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat isu ini dan perpaduan serta keharmonian perlu sentiasa dipelihara demi kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, menerusi Facebook penduduk Kota Tinggi, tular video segelintir peserta larian yang berpakaian tidak senonoh dan berunsur lucah.

Perkongsian di Facebook itu turut memaparkan beberapa foto dan sebuah klip video sekumpulan individu berpakaian berwarna merah serta berkelakuan tidak senonoh dan lucah di tempat awam.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan program larian itu disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran kepada mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di negeri itu.

Related Posts

Jangan politikkan isu sekolah selamat

PUTRAJAYA – Tindakan lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar di sekolah benar-benar terjamin susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng, kelmarin. Pengerusi Pertubuhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

BENTONG – Selepas berdepan pelbagai cabaran teknikal dan operasi sehingga pernah dikategorikan sebagai projek sakit dan mendapat perhatian khusus Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, projek membina dan meroboh serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT