Chin Tong sedia bagi laluan Nie Ching ketuai DAP Johor

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong, mengumumkan mahu berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada Timbalannya, Teo Nie Ching, menggantikannya.

Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, berkata, keputusan itu dibuat selepas menerajui DAP Johor selama 10 tahun dan sudah berdepan pelbagai cabaran termasuk pilihan raya umum serta pilihan raya negeri.

“Seperti diumumkan sebelum ini, saya tetap bertanding Jawatankuasa DAP Johor pada pemilihan diadakan hari ini, namun jika dipilih sekali lagi menyertai Jawatankuasa DAP Johor, saya akan mencalonkan Nie Ching untuk jawatan Pengerusi DAP Johor,” katanya berucap pada Konvensyen Biasa DAP Johor di Taman Ekoflora di Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha DAP Johor, Andrew Chen Kah Eng.

DAP Johor memiliki 10 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada PRN Johor diadakan pada Mac 2022 dan lima kerusi Parlimen membabitkan Iskandar Puteri, Kulai, Kluang, Bakri dan Labis.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai adalah Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Ketua Wanita DAP Kebangsaan dan Timbalan Menteri Komunikasi.

Mengulas lanjut, Chin Tong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling berharap cadangan melantik Nie Ching sebagai Pengerusi DAP Johor akan mendapat sokongan ahli.

“Perpaduan adalah kekuatan kita dan kunci kemenangan. Saya yakin Nie Ching akan memimpin parti kita untuk membawa kepada era lebih baik dan unggul selepas ini,” katanya.

Chin Tong turut menyatakan penghargaan kepada parti dan perwakilan yang memberikan sokongan terhadapnya sepanjang mengetuai DAP Johor.

Related Posts

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN – Tiada sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kalau sudah pilih rumah sebelah, jangan pegang kunci rumah lama’ – Mahfuz

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan jika diarahkan Perdana Menteri. Menurut Mahfuz, isu sebenar bukan tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman