Sibu terima peruntukan RM268 juta Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)

SIBU – Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM268 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa.

Fasa satu dan dua yang menelan belanja RM183 juta siap pada 2012 dan 2015.

Projek ini memberi perlindungan kepada lebih 10,000 penduduk di kawasan sekitar Jalan Hulu Lanang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan fasa tiga, yang bernilai RM85 juta, telah siap pada 1 Disember 2023.

Fasa ini akan meliputi lebih 15,000 penduduk di Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Datu Baru dan kawasan sekitarnya.

“Kerajaan Sarawak meluluskan fasa empat dengan kos RM120 juta yang dijangka merangkumi kawasan seluas 618 hektar. Fasa lima pula sedang menunggu kelulusan dan diharapkan dapat dibawa dalam RMK-13 dengan anggaran kos hampir RM500 juta,” ujarnya ketika lawatan kerja ke Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir Sibu (fasa tiga) dan lawatan ke kawasan banjir Kampung Usahajaya, Sentosa.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan RM25 juta untuk menaik taraf sistem saliran di Kampung Usahajaya, yang dijadualkan siap pada April 2025.

Selain itu, kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan RM1.5 juta untuk kerja penyelenggaraan akibat kerosakan banjir.

Kerajaan Persekutuan sangat komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan merangsang ekonomi Sarawak melalui pelaksanaan projek ini.

Related Posts

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

ROMPIN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah semua pihak berhenti mengelirukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung dengan istilah tanah adat. Baginda bertitah, perkara itu jelas termaktub…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang