MPC terus komited bantu industri memanfaat teknologi hijau

KUCHING – Tenaga hijau bukan hanya mampu mengurangkan keelsan terhadap alam sekitar tetapi membantu mencapai pertumbuhan ekonomi lebih cekap.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr Mohamad Norjayadi menekankan bahawa konsep kecekapan proses dan produktiviti mampan berkait rapat dengan usaha transformasi hijau.

“Penerimaan tekonologi hijau memainkan peranan penting dalam mengoptimumkan penggunaan sumber dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar,” kata beliau.

Tambah beliau, usaha ini menyokong proses pengeluaran yang lebih cekap dan membantu negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Selain itu, ujar beliau, organisasi boleh meningkatkan produktiviti selain mengurangkan pembaziran sumber.

“MPC terus komited membantu industri dan organisasi tempatan dengan memanfaatkan teknologi hijau,” kata beliau lagi.

Beliau juga yakin dengan sokongan dan bimbingan yang diberikan mampu memberi kelebihan daya saing untuk industri tempatan pada peringkat global melalui transformasi hijau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Produktiviti dan Inovasi 2024, bersempena dengan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak di Dewan Produktiviti pada Sabtu.

Sementara itu, MPC Sarawak mengadakan Hari Produktiviti dan Inovasi 2024, bersempena dengan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak.

Bertemakan ‘Transformasi Hijau ke arah Peningkatan Produktiviti’, acara ini memfokuskan kepada penggunaan sumber semula jadi secara mampan serta meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap kelestarian alam dalam usaha mengukuhkan produktiviti negara.

MPC Sarawak juga berharap sambutan ini dapat menggalakkan inovasi dalam sektor awam dan swasta serta mencetuskan kesedaran tentang pentingnya keseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri