Peralihan Monsun Timur Laut mulai bulan depan

PUTRAJAYA – Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula November depan dan berterusan sehingga Mac 2025, dengan ramalan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Ambun Dindang berkata hujan lebat diramal melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang antara November hingga Disember.

Katanya, hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak bermula Disember hingga Januari 2025.

“Hujan berterusan mungkin berlaku di negeri pantai barat sekiranya berlaku luruan monsun yang kuat atau kewujudan sistem tekanan rendah di rantau negara.

“Kebanyakan tempat dijangka mengalami jumlah hujan bulanan pada paras purata kecuali beberapa kawasan di utara dan timur Semenanjung serta timur Sabah yang dijangka menerima hujan sedikit atas paras purata pada fasa awal Monsun Timur Laut (MTL),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Iklim Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Monsun Timur Laut: Tindakan dan Cabaran Barisan Hadapan’ di sini, hari ini.

Ambun berkata, pada penghujung MTL iaitu dari Februari hingga Mei, beberapa kawasan di utara Semenanjung seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Kelantan dan Terengganu di Pantai Timur, dijangka mengalami cuaca kering dan kurang hujan.

Beliau berkata, masalah jerebu setempat dan rentas sempadan serta gelombang haba juga diramal berlaku dalam tempoh itu.

“Untuk menangani masalah jerebu, METMalaysia mengambil inisiatif menghasilkan model sebaran aerosol dan agen pencemar atmosfera bagi menyokong operasi harian jabatan, terutama ketika musim jerebu dan kering,” katanya.

Related Posts

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu