Hampir 3,000 wanita Perlis jadi mata, telinga Amanita PDRM

PADANG BESAR – Hampir 3,000 kaum wanita khususnya suri rumah di Perlis menjadi rakan Amanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang kegiatan jenayah di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner, Baderulhisham Baharudin berkata, pada tahun 2023, seramai 1,750 kaum hawa menjadi rakan Amanita.

“Pada tahun ini, seramai 950 orang awam lagi mendaftar menjadi rakan Amanita dalam usaha membantu pihak polis membanteras jenayah di kawasan kejiranan mereka.

“Kaum wanita, terutamanya golongan suri rumah, diseru untuk memainkan peranan penting dalam membantu pihak polis mencegah jenayah di kawasan perumahan dan komuniti masing-masing,” katanya selepas merasmikan Taman Angkat Amanita Kontinjen Perlis kesembilan di sini hari ini.

Tambah beliau, suri rumah turut diseru terus menjadi mata dan telinga PDRM dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau jenayah yang berlaku di kawasan kediaman mereka.

Amanita atau ‘Peach Lady’ merupakan satu inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang menggerakkan semua pegawai polis wanita untuk mendekati golongan hawa khususnya suri rumah sebagai perantara penyampaian maklumat aktiviti jenayah di kawasan kejiranan.

Menurut Baderulhisham, kerjasama daripada komuniti amat diperlukan bagi memastikan kawasan perumahan kekal selamat dan terhindar daripada jenayah.

“Pada hari ini, PDRM perlis telah menjadikan Felcra Lubuk Sireh ini sebagai taman angkat yang kesembilan bertujuan meningkatkan rasa selamat masyarakat, mewujudkan rangkaian jaringan kerjasama lebih erat di kalangan komuniti.

Selain itu, ia juga meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan PDRMserta peningkatan kualiti hidup dan meningkatkan penyaluran maklumat yang lebih mudah serta menjadikan komuniti yang lebih berpengetahuan dan ‘civic conscious’.

Beliau juga turut berharap masyarakat tidak lagi melihat polis sebagai pasukan yang sukar didekati dan tidak mesra, sebaliknya perlu menjadikan polis sebagai rakan mereka.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP