Lelaki warga Nepal ditahan, buang bayi baru lahir tepi sungai

TAIPING – Seorang lelaki warga Nepal berusia 34 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes buang seorang bayi perempuan baru dilahirkan dekat tepi Sungai Larut, Simpang, di sini pada Rabu.

Pada sekitar jam 3.32 pagi, Polis Taiping menerima laporan dari bahagian kecemasan Hospital Taiping berhubung seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail, wanita tersebut mendakwa bayi perempuannya telah meninggal dunia dan disebabkan itu dia tidak membawa bersama bayinya ke hospital berkenaan.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah digerakkan bagi mengesan suspek.

“Mangsa dalam kejadian adalah seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan disyaki telah dibuang,” ujarnya.

Susulan itu, pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Nepal dalam masa kurang 24 jam.

Tambahnya lagi, suspek telah menunjukkan lokasi mayat bayi tersebut dibuang iaitu di kawasan tepi Sungai Larut, Simpang.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Tambahnya, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang kanak-kanak dengan jalan membuang mayat kanak-kanak itu dengan sulit.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh sehingga mencapai dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya,” jelas Mohamad Nasir lagi.

Beliau turut menyeru masyarakat daerah Taiping khususnya untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017