Lima maut akibat denggi di Pahang

KUANTAN – Sebanyak lima kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan di Pahang sejak Januari hingga 28 September lalu berbanding satu kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berkata, data itu menunjukkan peningkatan 400 peratus dan Pahang negeri kedua tertinggi kes kematian denggi dalam negara.

“Peningkatan ini disebabkan adanya kegiatan Aedes di banyak lokasi sama ada di dalam rumah, luar rumah, taman permainan termasuk di kawasan kebun sayur dan sebagainya.

“Kecuaian individu tertentu juga seperti tidak menjaga kebersihan, jadi apabila berlakunya kes sebegini, kesannya bukan sahaja ke atas individu malah juga kepada masyarakat setempat. Itu yang kita mahu elakkan,” katanya selepas menghadiri program pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia kali pertama di lokaliti Taman Pasdec Makmur, dekat Indera Mahkota hari ini.

Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Malaysia adalah satu pendekatan untuk mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi serta pendekatan ini telah dimulakan sejak tahun 2019 di seluruh negara secara berfasa.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP