Pasukan Pickleball ‘Croc Can Dinks’ perkasakan literasi kanak-kanak

KUCHING – Pasukan pickleball ‘Croc Can Dinks’ yang berpangkalan di Kuching menyumbang kepada pemerkasaan bahan bacaan untuk golongan generasi muda.

Sebanyak 300 buku kanak-kanak disumbangkan kepada Business Events Sarawak (BESarawak) di bawah program Corporate Social Responsible (CSR).

Menurut kenyataan rasmi BEsarawak, sumbangan kepada program CSR yang dinamakan ‘Books Build Legacy’ itu diadakan sempena Kejohanan Antarabangsa Borneo Pickleball (BPIT) 2024.

“Sumbangan ini tanda sokongan kepada inisiatif impak sosial kejohanan dan membantu untuk menyerlahkan komitmen pasukan serta mengukuhkan komuniti melalui sukan.

Kenyataan tersebut turut menggesa pemain dan penonton BPIT 2024 untuk menyumbangkan buku kanak-kanak baharu mahupun terpakai yang sesuai untuk pembaca berumur 12 tahun ke bawah.

Sumbangan boleh diberikan mulai hari ini sehingga 13 Oktober di beberapa lokasi lokasi seperti di Book Corner @ Food Haven di The Hills Kuching, dan pejabat DayakDaily di TT3 Plaza.

Sementara itu, sumbangan juga boleh dilakukan di PIKABOL bermula 10 hingga 13 Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, tiga pertubuhan tempatan turut bersama-sama menyokong ‘Croc Can Dinks’ dalam BPIT 2024 yang akan diadakan di PIKABOL dari 10 hingga 13 Oktober ini.

Seramai 500 pemain di seluruh Asia Tenggara mendaftar untuk bersaing dalam pertandingan itu yang juga dijangka menarik kira-kira 2,000 orang penonton.

“Kami berbangga menyokong penyertaan mereka (‘Croc Can Dinks’) di bawah kategori Acara Pasukan, dan Restoran Hon Ang serta Tat Ee Marketing adalah di antara penaja rasmi bagi jersi pasukan.

Tajaan ini membuktikan semangat perpaduan antara jenama tempatan dengan masyarakat, di samping turut memberikan peluang kepada orang ramai untuk bersaing dalam acara sukan antarabangsa.

Related Posts

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja