CEO MADACorp mohon maaf isu enggan salam menteri

ALOR SETAR – Ketua Pegawai Eksekutif , Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sendirian Berhad (MADACorp), Abdullah Ismail memohon maaf kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu dalam isu tidak bersalaman seperti yang tular di media sosial semalam.

Menurut Abdullah, kejadian itu berlaku semasa menteri berkenaan datang ke Kedah dalam Program Sentuhan Madani di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tajar, Isnin lalu.

“Di sini saya ingin memaklumkan bahawa saya telah bersalaman dengan menteri berkenaan sebaik sahaja beliau keluar dari kereta. Kemudian saya mengiringi menteri bersalaman dengan pegawai-pegawai lain.

“Semasa mengiringi menteri bersalaman dengan pegawai lain, beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan saya. Oleh kerana saya telah bersalaman dengan beliau sebelum itu, saya jadi terkedu dan terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau,” katanya.

Bagaimanapun beliau dengan merendah diri mengakui kesilapannya kerana tidak menyambut salam sekali lagi dengan menteri berkenaan dan ingin memohon maaf di atas salah faham yang telah berlaku.

“Dengan penjelasan ini semua pihak dapat menerima permohonan maaf saya ini terutamanya mereka yang terasa dengan perbuatan saya tempoh hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam video seorang CEO enggan bersalaman dengan menteri telah tular di media sosial dan mendapat perhatian daripada netizen yang turut kecewa dengan tindakan dan sikap pegawai berkenaan.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda