UMS sedia 10 inisiatif bantuan melalui Tabung Amanah Kebajikan Pelajar

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyediakan sebanyak 10 inisiatif bantuan melalui Tabung Amanah Kebajikan Pelajar, kata Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor. 

Beliau berkata, seramai 1,877 pelajar menerima manfaat itu dengan jumlah bantuan sebanyak RM572,468.18. 

“Selain itu, seramai sembilan orang pelajar ditawarkan sebagai penerima Program Siswa SULUNG 1.0 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan nilai peruntukan sebanyak RM388,220.00. 

“Penerima Program Siswa SULUNG 1.0 mendapat bantuan yuran pengajian, yuran kolej kediaman, sara diri pelajar, bantuan komputer riba, elaun buku, elaun konvokesyen, elaun perkakasan dan tesis. 

“Manakala seramai 293 orang pelajar pula ditawarkan Program Siswa SULUNG 2.0 menerima bantuan yuran pengajian dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,382,955.00,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan Majlis Lafaz Ikrar dan Aku JanjiPelajar Baharu Sempena MingguSuai Mesra Sesi 2024/2025 Kali ke-30 di sini, pada Selasa. 

Sementara itu katanya seramai 4,545 orang bagi sesi akademik 2024/2025, telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di UMSmeliputi 14 Fakulti/Akademi di Kota Kinabalu, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Tambahnya, dari jumlah tersebut, 3,640 orang adalah bagi kampus induk Kota Kinabalu, 701 orang bagi Kampus Antarabangsa Labuan dan 204 di Sandakan. 

“Sebanyak 67 peratus pengambilan pelajar kali ini juga didominasi oleh pelajar perempuan dan 72 peratus dari jumlah keseluruhan pelajar adalah berasal dari Sabah.

“Kesemua pelajar baharu mula melapor diri bermula 28 September 2024 di lima lokasi,” katanya.

Lima lokasi tersebut iaitu Kolej Kediaman Tun Mustapha, Kolej Kediaman Tun Fuad dan Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae di Kampus Induk, Lobi Wisma Zainal Abidin Said di Kampus Antarabangsa Labuan dan Dewan Kafetaria, Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak