Tidak sangka karung guni tular – Rafida

KOTA KINABALU – “Saya sebenarnya tidak sangka karung guni itu akan menjadi tular, semuanya datang dari idea bapa saya,” kata Rafida Zaiddin, pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang tular baru-baru ini.

Kongsi Rafida, karung guni itu digunakan kerana memudahkan untuk membawa barang-barangan keperluannya yang banyak untuk hadir ke hari pendaftaran. 

“Saya dan bapa menaiki bas dari Sandakan ke Kota Kinabalu selama enam jam. Banyak barang yang dibawa. 

“Jadi saya masukkan barang separuh ke dalam guni kerana jika diasingkan takut tercicir,” jelas anak bongsu dari dua adik-beradik itu. 

Katanya, keluarganya juga tidak menyangka hal ini tular namun mereka juga bersyukur untuk semuanya.

“Pelajar-pelajar yang saya kenali juga turut bersenang hati dengan kisah ini, ada yang bergurau mahu membawa karung ke kampus juga selepas ini, maksudnya mereka terinspirasi dan mahu berusaha untuk bantuan pendidikan yang lebih baik dan menjadi pelajar cemerlang,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Ikrar dan Aku Janji Sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2024/2025, di Dewan Canselor UMS, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau meluah rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan pendidikan yang diterima di samping keprihatinan kerajaan terhadap golongan pelajar yang kurang berkemampuan.

“Saya rasa gembira dan bersyukur dengan semua bantuan yang diberikan dan ada pihak yang menghubungi untuk menawarkan saya memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS),” katanya. 

Terdahulu, Rafida yang merupakan pelajar cemerlang berasal dari Kampung Sim Sim Sandakan menjadi tumpuan selepas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyuarakan keprihatinan beliau terhadap Rafida yang membawa karung sebagai beg mengangkut barang ketika mendaftar masuk ke kampus UMS pada Sabtu lalu, dan telah menerima bantuan kewangan daripada beliau.

Sehubungan itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dalam kenyataannya pada Isnin, telah mengarahkan Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS membantu Rafida dan pelajar lain yang kurang berkemampuan.

Katanya, pihak UMS mengambil berat akan hal ini dan akan memastikan pelajar yang memerlukan bantuan dari segi keperluan peribadi atau sokongan moral akan diberikan perhatian sepatutnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak