Anwar rai Khabib dalam majlis makan malam

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri semalam meraikan lagenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov bersama delegasi dalam jamuan makan malam di Seri Perdana, Putrajaya.

Turut bersama dalam sesi itu adalah aktivis hak asasi dan professor undang-undang dari Amerika Syarikat, Khaled A Beydoun serta perenang Palestin yang beraksi di Olimpik Paris, Yazan Al Bawwab.

“Saya melihat pentingnya peranan personaliti seperti Khabib, Khaled dan Yazan menjadi inspirasi bahawa seorang Islam yang baik bukan sahaja terbaik dalam profesion, namun mampu menonjolkan nilai yang bertunjangkan ihsan dan rahmah khususnya dalam menghadapi gejala Islamofobia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Khabib kini berada di Malaysia bagi menghadiri acara khas anjuran Faith Events.

Khabib, bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship tidak pernah tewas sepanjang kariernya.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok