Tentera gagalkan cubaan seludup barang terkawal

LUNDU – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan percubaan untuk menyeludup barang terkawal di sempadan Malaysia-Indonesia.

Difahamkan lokasi kejadian berlaku di Sektor Pos GABMA, Biawak ketika anggota tentera melakukan rondaan sekitar 6 petang.

“Pihak tentera menjumpai longgokan barang yang ditutup dengan kanvas berwarna biru yang ditinggalkan di luar sebuah rumah kosong, kira-kira 200 meter dari sempadan negara,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen.

Selain itu, sebanyak 170 paket minyak masak jenama Crown, 120 peket gula jenama CSR dan 10 kampit beras tempatan jenama Baobao dijumpai dengan dianggarkan berjumlah RM1,201.

“Laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Lundu dan semua barang rampasan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, Panglima 1 Divisyen Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis, merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota di bawah naungannya.

TDM akan terus komited memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Indonesia untuk memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat