Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu akan diteruskan – Awang Tengah

SIBU – Kerajaan Sarawak akan meneruskan Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu supaya hak rakyat terus terjamin.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kerja pengukuran tanah NCR adalah percuma selagi penuntut dapat membuktikan kesahihan mengikut lunas undang-undang.

“Inisiatif ini merupakan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat agar dapat menjamin hak mereka,” kata beliau.

Tambah beliau, sebahagian tanah yang digunakan untuk tujuan pembangunan, kerajaan akan mengambil alih bagi tujuan tersebut.

“Jika tanah berkenaan di bawah Seksyen 6 atau 18, makan kerajaan akan membayar pampasan selaras dengan Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Seksyen 13 Perlembagaan Persekutuan,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Warta Komunal Rizab Seksyen 6 KTN dan Penyampaian Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Sibu di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Isnin.

Sementara itu, Awang Tengah berkata hampir 3 juta ekar tanah berjaya disukat sejak 2010.

Selain itu, tambah beliau, lebih 2.3 juta ekar tanah berjaya diwartakan.

“Saya mengingatkan agar pegawai Jabatan Tanah dan Survei (JTS) tidak menjalankan kerja penyukatan di kawasan mempunyai isu mahkamah tetapi kawasan yang tidak mempunyai pertikaian,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun, jelas beliau lagi, kerajaan boleh menjalankan kerja pengukuran sekiranya pemilik tanah menarik isu di mahkamah dan membuat permohonan pengukuran.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar