Keputusan PRK Mahkota beri impak positif jangka panjang

PUTRAJAYA – Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Mahkota memberi impak mendatang dalam membentuk pengurusan politik bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat kerajaan negeri Johor.

Melihat perkembangan positif itu, Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata, perkara itu boleh dicapai selepas melihat keyakinan ditunjukkan penyokong teras bagi PH dan BN terhadap gabungan terbabit.

Mengulas lanjut, katanya gabungan BN-PH dalam Kerajaan Perpaduan jelas memberi keuntungan dari segi perpindahan undi dan ia dapat dilihat melalui PRK kali ini.

Beliau berkata, pengundi PH boleh beralih mengundi BN atas dasar kerjasama politik yang berlaku pasca pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Walaupun PN memperoleh undi sama pada pilihan raya negeri (PRN) pada 2022, namun jurang undi masih jauh ketinggalan berbanding undi PN dan BN.

“Pada PRN 2022, gabungan BN-PH membentuk sokongan (54 peratus + 18 peratus) iaitu 72 peratus. Maka sokongan Melayu kepada gabungan BN-PH meningkat empat peratus apabila BN berjaya memperoleh 76 peratus undi dalam PRK kali ini.

“Undi sokongan Melayu yang diperoleh PN dalam PRK kali ini merosot satu peratus,” katanya.

BN mempertahankan kerusi Mahkota apabila calonnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, dengan majoriti 20,648 undi.

Mengulas faktor kemenangan BN, beliau berkata, gabungan itu melaksanakan strategi kempen yang memfokuskan kepada siri penerangan mikro untuk pengundi teras mereka.

“Kaedah mengurangkan ceramah umum seperti di PRK Nenggiri dilihat membuahkan hasil bagi mengembalikan penyokong BN terus mengundi parti itu jika dibandingkan pola pengundian dalam PRU15.

“PH juga dalam kempennya mengusahakan siri ceramah berfokus untuk mengekalkan ‘mood’ pilihan raya yang diperlukan penyokong PH bagi mengundi BN sebagai rakan gabungan politik Perpaduan,” katanya lagi.

Related Posts

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik yang menolak sentimen perkauman dan agama disaran meneladani diplomasi serta fleksibiliti Perjanjian Hudaibiyah dengan bersedia ‘duduk semeja’ mengadakan rundingan kerusi bagi mendepani Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat