Waspada pembelian tanah lot tidak sah – Lo

TAWAU – Orang ramai dinasihat agar tidak membuat pembelian tanah lot yang tidak sah kerana risiko pembeli tidak mempunyai hak dari aspek perundangan dalam pemilikan hartanah.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berkata, pembelian yang tidak mengikut prosedur juga boleh menyebabkan tanah berkenaan akan diambil semula pada bila-bila masa.

“Saya meneliti perkara ini selepas dilantik menjadi wakil rakyat dan mendapati kebanyakan penjual lot hanya ada sampai peringkat pejabat peguam iaitu surat perjanjian saja namun mereka tiada permohonan pelan perpecahan tanah dan pelan pembangunan d Jabatan Tanah dan Ukur, maknanya jualan ini tidak sah.

“Oleh itu, dalam mesyuarat peringkat Masjlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Negeri, kita (MPT) tidak membenarkan sambungan elektrik dan air di lot yang tidak sah,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program JIWA Komuniti Madani Peringkat DUN Balung dan DUN Apas di Tawau, pada Ahad.

Menurut Lo, penjual tanah lot juga seharusnya bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan jual beli mengikut prosedur yang betul.

Mengulas mengenai program JIWA Komuniti Madani berkenaan, Lo berharap agar jawatankuasa Komuniti Madani yang ditadbir urus Jabatan Penerangan menjadi penghubung penyebaran maklumat sahih, di peringkat akar umbi.

“Kita maklum dunia kini diancam dengan penyebaran berita palsu yang membawa kesan negatif dan membawa kepada hasutan, oleh itu peranan Jabatan Penerangan amat penting untuk menyampaikan maklumat.

“Saya juga percaya dan berharap pemimpin komuniti Madani yang dilantik dapat menjalankan tugas mereka dengan baik,” katanya.

Turut diadakan sesi perkongsian penceramah jemputan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Kolej Komuniti Tawau.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan