Kemenangan BN bukti rakyat tolak ‘politik syok sendiri’ PN

PERIKATAN Nasional (PN) perlu melihat perkembangan serta memperbaiki strategi politik dan jangan hanya syok sendiri, kata penganalisis, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Menurut beliau, kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah bukti jelas bahawa rakyat menolak ‘politik syok sendiri’ PN.

Katanya, sebagai Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengubah strategi politik untuk diterima rakyat.

“Kita lihat majoriti lebih 20,000, ia menjadi satu isyarat jelas kepada PN untuk ubah kepada realiti politik semasa.

“Maka, saya melihat kita perlu belajar sesuatu supaya politik itu membumi dan politik yang dekat dengan rakyat dan faham apa inti pati isi hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bertajuk ‘Biru yang Mana Satu?’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Mengulas mengenai kemenangan bergaya BN, Mohammad Tawfik memaklumkan bahawa BN dilihat mengubah strategi politik setelah berdepan dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya sering sebut tentang muhasabah. UMNO-BN perlu muhasabah dengan turun ke lapangan dan melihat bahawa mereka supaya mendapatkan satu semangat politik yang baharu.

“Ini kerana dalam percaturan politik perlu ada kesegaran. Sekurang-kurangnya mereka (ahli politik UMNO-BN) dengar serta faham akan sentimen rakyat di peringkat akar umbi dan perlu dibawa ke peringkat tertinggi,” ujarnya.

Tambahnya, BN juga dilihat memahami kerjasama politik yang perlu dilakukan bersama parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan bagi meraih kemenangan pada siri-siri PRK akan datang.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat tidak akan menolak jika sesebuah parti itu mengamalkan ‘politik membumi’.

“Apabila rakyat selesa dengan sesiapa sahaja (pemerintah) dan kehidupan mereka tidak diganggu maka mereka akan memihak kepada kerajaan. Itu sifir mudah dalam politik.

“Malah, rakyat hari ini bijak menilai dan tidak boleh untuk diperkotak-katikkan mereka,” katanya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil