PM rakam tahniah untuk Syed Hussien

DATUK Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah yang memenangi pilihan raya kecil (PRK) Mahkota, malam ini.

Perdana Menteri melalui hantaran di Facebook menyifatkan kemenangan Syed Hussien itu sebagai kejayaan luar biasa.

“Kemenangan besar ini bukti masyarakat DUN Mahkota yakin dengan keberkesanan muafakat kerajaan perpaduan antara pusat dan negeri, pimpinan saudara (Datuk) Onn Hafiz Ghazi.

“Ia juga petanda jelas rakyat terus yakin dengan kerangka dasar dan polisi kerajaan yang menitikberatkan soal ekonomi dan taraf hidup rakyat keseluruhannya,” katanya.

Syed Hussien menang dalam PRK itu dengan majoriti lebih 20,000.

Beliau menewaskan pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

Related Posts

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

UMNO berisiko kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya pihak lawan berjaya memenangi persaingan persepsi bagi meragut kewibawaan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Felo Majlis Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027