Dek kerana mulut akhirnya ‘The Greatest’ Kedah tersungkur

ALOR SETAR – Permohonan maaf dari Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam telah mendapat beberapa perhatian dari pemerhati politik tanah air.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, budaya memohon maaf adalah baik dan sebagai manusia kita digalakkan sentiasa maaf sama ada kepada Allah atau pun manusia.

Bagaimanapun bagi kes Sanusi yang memohon maaf kepada Sultan Selangor itu nampak agak pelik kerana selepas sekian lama baharu beliau memohon maaf.

“Jika beliau benar-benar ikhlas ingin memohon maaf sudah pasti pada hari pertama sebutan kes dan perlu mengaku dan meminta maaf. Tapi berlaku sebaliknya pula apabila Sanusi tidak mengaku salah.

“Ini menunjukkan beliau degil dan mahu menjadi hero atau ‘The Greatest’ dalam kalangan ahli Pas. Mungkin kenyataannya semalam dia cuba meminta simpati kepada Pendakwaraya supaya menarik semula kesnya itu.

“Saya difahamkan juga kes perbicaraannya itu juga akan berjalan beberapa hari lagi dan inilah Sanusi yang pandai ‘berdrama’ untuk meneruskan karier politiknya itu,” katanya.

Menurut Mahfuz, sekiranya dia berjaya mempengaruhi Pendakwaraya untuk menarik semula kesnya itu, ini sekali gus akan menderhaka kepada raja-raja atau pihak pembangkang akan bermaharajalela akan bebas mengguna isu 3R sebagai senjata utama mereka sebelum ini.

“Bagaimanapun saya yakin Sanusi terpaksa memohon maaf kerana kesnya itu agar sukar menang dan ini akan memberi kesan kepada jawatannya sebagai Menteri Besar dan ADUN Jeneri,” katanya.

Bagi Penolong Setiausaha Amanah Nasional, Ridzwan Abu Bakar pula berkata, beliau sungguh terkejut dengan tiba-tiba Sanusi menarik ‘break’ untuk memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Katanya, adalah pelik kerana semasa sebutan kes tempoh hari di mahkamah Sanusi kelihatan yakin dan tidak bersalah kepada jemaah Pas yang datang memberi semangat kepadanya.

“Bagaimanapun semalam panglima perang PN itu tiba-tiba meminta maaf kepada Sultan Selangor. Saya merasa seperti ada sesuatu yang menyebabkan Sanusi terpaksa memohon maaf dengan ucapan dari mulut celoparnya tempoh hari.

“Apatah tidak pelik kerana selama 14 bulan baharu beliau memohon maaf dan ini pasti beliau mendapat nasihat dari orang kelilingnya supaya memohon maaf dan tidak menanggung risiko pada masa hadapannya sebagai Menteri Besar,” katanya.

Jelasnya lagi, Sanusi sudah terbau bahawa kesnya itu agak sukar untuk menang dengan bukti yang kukuh dari pihak plaintif.

Jika disabitkan bersalah sudah pasti jawatannya sebagai Menteri Besar terpaksa dilepaskan.

Bagi mengelak semua itu terjadi adalah lebih baik beliau memohon maaf terlebih dahulu supaya segala jawatannya dapat dipertahankan. Itulah mainan politik Sanusi untuk menjaga periuk nasinya.

“Umumnya mengetahui Sanusi merupakan seorang ‘muka tembok’ yang tidak malu menuduh, maki dan mencerca musuh politiknya.

Oleh itu tidak hairanlah beliau sanggup berjumpa ‘musuhnya’ dengan selamba sahaja walaupun pelbagai tohmahan dilemparkannya.

“Budaya hentam dahulu maaf kemudian turut diamalkan oleh Sanusi bagi menghina musuh politiknya. Beliau menganggap prinsip demikian adalah mudah untuk ‘menyelesaikan’ sesuatu yang pernah dilakukan kepada musuh politiknya.

“Oleh itu tidak hairanlah hari ini ramai ahli Pas sudah terikut dengan budaya mencela dan memaki hamun kemudian mohon maaf. Inikah yang dikatakan kepimpinan Islam yang diajar oleh Rasulullah sebelum ini,” katanya.

Related Posts

Parti KDM bukan ahli GRS, sokongan wakil rakyat lebih penting – Hajiji

KOTA KINABALU – Tindakan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menarik sokongan tidak menjejaskan kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), memandangkan Parti KDM bukan parti komponen gabungan itu. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagasan Rakyat struktur semula, 25 Ketua Bahagian penaja dilantik

KOTA KINABALU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) melakukan penstrukturan baharu dengan melantik 25 Ketua Bahagian Penaja di seluruh Sabah. Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman