Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

PUTRAJAYA – Bukan sekadar bersalaman atau bergambar, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tengah-tengah lautan lebih 100,000 pengunjung Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya hari ini mencetuskan beberapa detik spontan yang mencuri perhatian.

Anwar meluangkan masa turun mendekati orang ramai untuk bersalaman dan beramah mesra, selain melayani permintaan pengunjung yang mahu mengabadikan kenangan bersama beliau.

Kemunculan Perdana Menteri di tengah-tengah orang ramai disambut penuh keterujaan, dengan pelbagai momen interaksi antara pemimpin dan rakyat turut dirakam lensa kamera serta dikongsikan di media sosial.

Antara yang menarik perhatian ialah momen Anwar bersama seorang bayi yang menerima reaksi positif daripada pengguna media sosial.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Threads, @izz6h, berkongsi bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudaranya.

“Ni videonya! Anak buah saya tu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @rr09, pula menyifatkan momen Anwar bersama bayi berkenaan sebagai sesuatu yang menyentuh hati.

“The one PMX kissed? That was heartwarming,” katanya.

Turut mencuri perhatian ialah komen seorang pengguna, @syerahasan, yang berseloroh mengenai momen berkenaan.

“Saya tengok pagi tadi terus cakap ‘banggg ko jangan cuci kepala baby tu seminggu bang. Pakaikan serkup bang’,” katanya.

Sementara itu, pengguna @aliadeanm menyifatkan detik berkenaan sebagai sesuatu yang menghangatkan hati, manakala @bloomdiary17 pula meluahkan rasa terharu melihat momen tersebut.

Kehadiran Anwar mendekati rakyat itu turut memperlihatkan sisi santai sambutan Hari Kebangsaan, apabila kemeriahan perbarisan dan persembahan turut diselang-selikan dengan interaksi spontan antara pemimpin dan masyarakat.

Lebih daripada sekadar acara di pentas, detik-detik berkenaan menggambarkan semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang berkumpul bersama-sama bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-69.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan