Calon BN nafi terbabit kes polis, akan ambil tindakan undang-undang

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN) PRK Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menafikan dakwaan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard yang mengaitkannya terbabit dalam satu kes memukul orang sehingga ditangkap polis.

Bercakap kepada The Malaysia Press, Syed Hussien berkata, beliau sebaliknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang ahli Bersatu kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.

“Saya nafikan dan akan buat laporan polis berkait dakwaan itu selain tindakannya mempamerkan nombor kad pengenalan saya di hadapan orang ramai yang menjadi kesalahan berat.

“Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam untuk kita ambil tindakan undang-undang,” kata ketua Pemuda UMNO Kluang itu ketika ditemui pada Program Tautan Kasih bersama Masyarakat Orang Asli (JAKOA) di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, Kluang.

Beliau mengulas dakwaan Chegubard dalam satu ceramah kempen Perikatan Nasional (PN) PRK Mahkota malam tadi, yang klipnya dimuat naik di TikTok.

Syed Hussien berkata tindakan itu menunjukkan PN ketandusan modal selain masih mengamalkan politik tidak matang.

“Berbeza dengan BN, kita terus amalkan politik khidmat bakti untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

“Bukan kempen tidak beradab seperti dibuat lawan,” katanya.

PRK Mahkota Sabtu ini menyaksikan Syed Hussien akan ditentang calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.

Related Posts

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

KUCHING – Tindakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dibidas kerana disifatkan sebagai tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap wartawan dan organisasi media berdaftar perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum siasatan atau tindakan lanjut diambil, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah percepat reformasi pentadbiran, perkukuh kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, perkukuh kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai