Lesen syarikat GISBH boleh dibatalkan

PENDAFTARAN syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) boleh dibatalkan sekiranya disabitkan kesalahan atas aktiviti yang melanggar kepentingan awam dan peraturan semasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bahagian penguatkuasaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan terhadap GISBH.

Kementerian juga memberi perhatian terhadap dakwaan tentang usaha dan cubaan yang dibuat untuk melindungi atau menghilangkan identiti GISBH seperti penukaran papan nama premis serta perniagaan.

“Kita melihat pertama dengan PDRM, kedua dengan SKMM untuk kita menyelaraskan apakah bentuk kesalahan dilakukan dan bentuk tindakan… dan punca perundangan mana untuk kita mengambil tindakan yang segera,” katanya selepas Majlis Perasmian Menara SSM Perak di Ipoh, hari ini.

Dalam pada itu, Armizan berkata, siasatan GISBH di peringkat kementeriannya adalah terkait dengan akta mengikut kawal selia SSM.

“Kita sedang menyemak semua pendaftaran syarikat induk dan anak syarikat termasuklah pematuhan mereka kepada penghantaran laporan tahunan, penyata kewangan dan sebagainya,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik