Pengundi India zahir harapan perkasa pendidikan, bantuan warga emas

KLUANG – Pengundi India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berharap agar Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah menang pada Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept depan.

Menerusi tinjauan The Malaysia Press, masyarakat India berharap agar harga barangan dapat dipantau, menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar india serta mempermudahkan proses bantuan sara hidup kepada masyarakat india yang kurang bernasib baik.

Pesara, Benkitaraja Ramasamy, 71, berkata, ibu bapa masyarakat India golongan B40 perlu dibantu dari segi kos tuisyen pembelajaran serta memantau harga makanan di kantin semakin meningkat bagi meringankan beban mereka.

“Kalau pilih calon baru, saya nak calon baru itu bantu masyarakat India Kluang, dari segi pendidikan dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Tetapi yang paling penting saya berharap, calon yang bakal menang bantu murid sekolah dari segi bantuan tuisyen sekolah dan memantau harga makanan di kantin sekolah kerana ada pelajar yang kurang mampu untuk membelinya,” katanya kepada The Malaysia Press pada Sabtu.

Sementara itu, seorang pembantu kedai, Batmani Govindran, 63, berkata, antara perkara yang perlu di ambil perhatian adalah bantuan golongan warga emas yang semakin uzur.

“Permintaan saya adalah agar wakil rakyat yang menang pada PRK DUN Mahkota akan memberikan bantuan bulanan untuk warga emas khususnya masyarakat India yang kurang berkemampuan.

“Selain itu, saya berharap juga untuk dipermudahkan proses bagi memohon bantuan menerusi pihak berwajib,” katanya.

Tambah Batmani, dia juga berharap agar Syed Hussien bakal memperoleh kemenangan dan menyambung segala legasi baik yang ditinggalkan demi kemaslahatan dan keharmonian warga Mahkota pada masa akan datang.

“Saya masih ingat lagi semasa Allahyarham Sharifah Azizah Syed Syed Zain masih hidup, beliau amat baik menyantuni masyarakat.

“Saya juga sokong jika Syed Hussien menjadi wakil rakyat di DUN Mahkota supaya dapat menyambung segala legasi baik yang ditinggalkan oleh Allahyarham,” katanya.

Related Posts

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar