Pengundi DUN Mahkota kena bijak, undi calon sealiran kerajaan negeri

PEMBANGUNAN yang rancak dirancang Kerajaan Negeri Johor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan terbantut sekiranya rakyat tidak memilih calon dari Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 28 September ini.

Exco Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, pengundi di DUN berkenaan perlu membuat pilihan yang bijak bagi menentukan masa hadapan di kawasan mereka.

“Di DUN Mahkota ini ada banyak program pembangunan yang telah dan sedang dirancang oleh kerajaan yang dulunya dibawa oleh ADUN yang lalu iaitu Allahyarham Datuk Sharifah.

“Justeru jika saya pengundi di DUN Mahkota saya akan memilih calon yang selari dan sealiran dengan kerajaan negeri supaya ia tidak terbantut malah berterusan,” katanya.

Beliau yang merupakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor ditemui di program Jelajah Orang Mahkota di Pasar Borong Pertubuhan Peladang Kawasan Kluang, hari ini.

Zahari menegaskan, calon Kerajaan Perpaduan dari Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah merupakan calon terbaik dalam pertembungan dua penjuru pada PRK DUN Mahkota ini.

“Saya menyambut baik sarana Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa jangan ada unsur kempen memburukkan kempen calon atau pihak lain.

“Mereka yang terpilih menjadi calon sebenarnya adalah calon terbaik dari kalangan parti mereka. Kalau tak terbaik mana mungkin mereka dicadangkan oleh parti mereka menjadi calon.

“Tetapi di kalangan dua calon ini, saya harap pengundi di Mahkota pilih calon yang terbaik yang sesuai untuk mewakili mereka di Mahkota.

“Jadi kalau tanya saya, saya pilih yang terbaik dan terbaik itu ialah saudara Syed Hussien calon nombor 01,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Segamat.

Syed Hussien akan berentap satu sama satu dengan Mohamad Haizan Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) pada PRK DUN Mahkota yang diadakan susulan kematian penyandang Datuk Sharifah Azizah Syed Zain bulan lalu.

Related Posts

Dulu fitnah lawan politik, kini Pas menghina sahabat Nabi SAW

SEMAKIN hari, semakin sukar untuk menafikan bahawa sebahagian budaya politik Pas hari ini bukan lagi bergerak atas amanah ilmu, fakta dan data, akhlak Islam atau integriti politik, tetapi semakin tenggelam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Pahang gesa pihak berkuasa agama siasat Nik Zawawi

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa pihak berkuasa agama menyiasat iktikad Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan kontroversi dibuatnya terhadap sahabat nabi Muhammad SAW,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat