Remaja meninggal dunia akibat lemas di air terjun Wong Ruan, Sarikei

SARIKEI – Seorang remaja disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat dalam insiden lemas di air terjun Wong Ruan Ulu Sarikei.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Narudin, pihaknya menerima laporan mengenai insiden pada 11:30 pagi.

Sejurus itu, seramai 12 anggota digerakkan ke tempat kejadian.

Mangsa lemas Alex Lau Hui Ping berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Bomba Sukarela Lubok Lemba, Branddon Lamada setelah melakukan penyelaman ke dasar sungai sedalam tiga meter.

Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak perubatan dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga mangsa yang terlibat iaitu Johnson Cheing Heng Wei (17 tahun), Kong Sheing Chuong (18 tahun) dan Timothy Lau Bi Sii (18 tahun) dilaporkan berada dalam keadaan selamat setelah operasi penyelamatan dijalankan.

Pasukan Bomba dan PDRM tiba di lokasi tidak lama selepas itu bersama anggota KKM untuk memberi bantuan perubatan.

Operasi menyelamat ditamatkan pada 2 petang selepas mangsa dibawa ke hospital Sarikei untuk tindakan lanjut dan pengecaman mayat oleh pihak polis di Balai Polis Jakar.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling