Pesta Kanowit pelihara budaya dan tonggak perpaduan rakyat Sarawak – Aaron Ago

KANOWIT – Pesta Kanowit dapat mengiktiraf dan memelihara budaya serta warisan tempatan sekali gus mengekalkan identiti masyarakat di Sarawak.

Menteri Perpaduan Negara Datuk, Seri Aaron Ago Dagang berkata, pesta tersebut menekankan kepentingan dalam merayakan sejarah dan tradisi pelbagai etnik di Sarawak serta menjadi tonggak perpaduan dalam kalangan masyarakat Sarawak.

“Pesta ini bukan sahaja memperingati warisan, tetapi dapat mengukuhkan perpaduan dan keamanan dengan memberi pengiktirafan kepada sumbangan budaya bagi membentuk identiti rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kanowit 2024 Dan Tebingan Kanowit (Kanowit Waterfront) pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, acara yang berlangsung selama tiga hari dari 20 hingga 22 September ini menampilkan pelbagai aktiviti tradisional dan moden bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Aaron menambah penganjuran pesta ini selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang dilancarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara tahun lalu bertujuan menyemarakkan semangat cinta kepada tanah air dengan menghargai kepelbagaian khazanah budaya yang diwarisi.

Beliau turut memaklumkan Tebingan Kanowit menelan belanja RM5.3 juta dan siap pada April 2023 merupakan projek mercu tanda baharu daerah tersebut.

“Tebingan Kanowit ini dijangka menjadi pusat tumpuan aktiviti pelancongan, rekreasi dan sosioekonomi di Kanowit,” katanya lagi.

Aaron turut optimis Pesta Kanowit akan terus berkembang dan menjadi simbol perpaduan serta keharmonian masyarakat sekali gus memperkasa ekonomi tempatan melalui industri pelancongan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana dan ADUN Machan, Allan Siden Gramong.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian