Pilih wakil rakyat pembangkang merugikan – Ahmad Maslan

KLUANG – Calon Perikatan Nasional (PN) tidak akan dapat menyelesaikan masalah banjir di kawasan itu (DUN Mahkota) kerana mereka tidak akan mendapatkan layanan sewajarnya jika dibandingkan dengan calon kerajaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerana yang akan melaksanakan segala kerja-kerja untuk rakyat adalah kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Menurut beliau, tindakan awal telah di ambil oleh Pegawai Daerah Kluang, Mohd Rafi Abdullah, berkenaan rancangan tebatan banjir dan telah dah serahkan kepada pihak kementerian yang telah diteliti untuk tindakan lanjut.

“Saya kira jika Allahyarhamah (Sharifah Azizah Syed Zain) tentu beliau dapat menyelesaikan tetapi Allah lebih menyayanginya.

“Jadi pembangkang hanya boleh bersuara sahaja, saya kira tiada faedah mengundi pembangkang kerana yang melaksanakan projek-projek ini adalah bukan pembangkang tetapi kerajaan,” katanya ketika bercakap kepada The Malaysia Press pada Selasa.

Beliau sempat beramah mesra bersama penduduk selepas melakukan Ziarah Kasih di Kampung Melayu Timur 2 pada Selasa.

Tambahnya, perkara ini kerana pembangkang tidak turut serta dalam mesyuarat tindakan daerah yang hanya diwakili oleh wakil kerajaan.

Pada Selasa, calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Mohamad Haizan Jaafar, mendakwa kerajaan negeri dan ketua kampung tidak mengambil sebarang tindakan susulan terhadap masalah banjir di Kampung Bentong Dalam di sini, hari ini.

Menurut beliau, pengundi ketika ini cakna dan bijak membuat penilaian berbanding menyokong pemimpin yang hanya sekadar bercakap ‘kosong’.

Tegasnya, pengundi harus memahami Johor telah ada kerajaan dan kerajaan Persekutuan adalah Kerajaan Perpaduan.

“Sekiranya peringkat daerah mengangkat projek itu bersama wakil rakyat, pegawai daerah dan Perdana Menteri misalnya.

“Menteri yang jaga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kedua-duanya Timbalan Perdana Menteri I dan Timbalan Perdana Menteri II.

“Yang mana satu akan dilayan? Tentunya layanan akan diberikan lebih kepada wakil rakyat kerajaan. Itu fakta, bukan kita tak tahu segala permasalahan itu dan sedang dilaksanakan segala perkara itu,” ujar.

12 September lalu, Ahmad berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memfokuskan untuk menyelesaikan isu banjir di Jalan Kampung Sembrong Dalam, di sini yang melibatkan kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 

Ahmad berkata, isu banjir itu memberi kesan kepada 200 penduduk di kawasan berkenaan sejak 2012. 

Menurut beliau, pelbagai usaha telah dijalankan sejak 2021 hingga kini bagi mengatasi isu tersebut dan pelan kerja lengkap berhubung penyelesaiannya akan diserahkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk tindakan lanjut. 

Beberapa buah kampung di lokasi berkenaan juga sedang dalam pemantauan KKR dan JPS.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas