Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat yang menjadikan keseluruhan ajaran serta kegiatan difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam kepada 36 kumpulan.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dalam kenyataannya menjelaskan lima kumpulan dan kegiatan itu ialah Ajaran dan Fahaman Irwan Bin Alias, Ajaran Suhaini Bin Mohammad atau Ajaran Si Hulk, Amalan Dan Kaedah Perubatan Encik Adam Bin Isa (Tabib Adam), penyelewengan Ajaran Risalah Bab Kesucian yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) serta kumpulan yang mengamalkan ajaran Kewajipan Berpegang Dengan Ahli Sunah Waljamaah.

“Semua lima ajaran dan kegiatan itu sudah dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan diwarta dalam tempoh terdekat.

“Kami (kerajaan negeri) tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan masyarakat di Melaka yang mengamalkan dan menjadi pengikut kepada kumpulan ajaran sesat kerana pergerakan kumpulan ini berlaku secara rahsia meskipun ajaran mereka sudah difatwakan haram kerana menyeleweng daripada akidah Islam,” katanya.

Menurut beliau, senarai ajaran yang difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka itu tertakluk di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 yang dikemukakan oleh Mufti Melaka mengikut Subseksyen 36(3) serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam warta.

Tambah beliau, warta terbabit sudah dimaklumkan kepada kerajaan negeri mengikut Subseksyen 36(6) sekali gus membolehkan fatwa itu disiarkan dalam warta di bawah subseksyen berkenaan dan subseksyen 38(1).

“Kita nasihatkan seluruh umat Islam termasuk ahli keluarga kita sendiri jika terdapat sebarang perkara yang mencurigakan mereka perlu segera melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Related Posts

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

KUANTAN – Seramai 17 orang pesakit kanser daripada Pertubuhan Sokongan Pesakit Kanser Kuantan Pahang (CSP) menerima sumbangan daripada kerajaan negeri. Sumbangan itu adalah di bawah Inisiatif Makmur Pahang Kluster Pesakit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000